Saturday, 29 July 2017

PENTADBIRAN SEKOLAH

Pada mulanya sekolah ini ditadbir oleh seorang pantadbir sekaligus dengan SMK Nabawan, tetapi kemudiannya ia dipisahkan dan ditadbirkan oleh seorang guru besar.  Perkara ini bermula antara tahun 1975 hingga tahun 1978 iaitu  ketika Puan Salmah Hj. Salleh menjadi guru besar.  
Sekolah ini juga pada mulanya mempunyai sebuah sekolah cawangan iaitu SK. Pementarian.  Memandangkan keadaan perhubungan yang terlalu sukar dan jarak yang jauh lebih kurang 15 kilometer, tambahan pula sekolah  tersebut layak dipisahkan dari sekolah ini, maka pada tahun 1978 ia mula ditadbir secara berasingan oleh seorang guru besar.  Selain daripada itu, sekolah ini juga telah menjadi pusat pentadbir bagi tiga buah sekolah yang lain serentak diwujudkan sejak tahun 1981 dan menjadi cawangannya.  Sekolah-sekolah yang dimaksudkan itu ialah:-

  1. SK. Kampung Enam
  2. SK. Tetagas
  3. SK. Kebu Baru

Walaubagaimanapun pada awal tahun 1981 ketiga-tiga buah sekolah tesebut telah dipisahkan pentadbirannya dari SK. Pekan Nabawan sebaik-baik sahaja pendaftaran dan kod sekolah diluluskan oleh pihak Jabatan Pendidikan Sabah.  Pada tahun 1988 sekolah ini diikhtirafkan sebagai sekolah Gred B di daerah Nabawan-Pensiangan dengan bilangan 108 orang murid.  Manakala tenaga pengajarnya seramai 22 orang ketika itu.

No comments:

Post a Comment