Saturday, 29 July 2017



SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN NABAWAN

             
            Sejarah dan perkembangan sekolah SK Pekan Nabawan bermula apabila Nabawan dijadikan rancangan penempatan bagi penduduk-penduduk yang berasal dari Pensiangan.  Nabawan pada masa itu hanya mempunyai sebuah sekolah yang terletak di kampung Dua dan adalah menjadi satu kesukaran bagi kanak-kanak penduduk asal kampung tiga dan juga peneroka rancangan yang tinggal di sekitar kampung tiga untuk belajar ke sekolah tersebut.  Ini adalah disebabkan oleh keadaan perhubungan yang tidak baik dan jarak jauh. 
            Datuk Haji Said Besar Sigoh bin Singkunan selaku ketua bagi  rancangan ( Ketua Daerah Nabawan – Pensiangan ) dan orang yang bertanggungjawab membuka rancangan penempatan Nabawan ini telah menyatupadukan penduduk kampung tiga dan peneroka rancangan kampung Tiga. Memindahkan sekolah asal dari kampung Dua ke kampung Tiga,  segala peralatan sekolah dan rumah guru dibekalkan oleh  pihak lembaga padi Sabah yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan rancangan penempatan tersebut.  Bangunan sekolah yang didirikan sebanyak tiga buah manakala rumah guru empat buah.  Ketiga-tiga bangunan sekolah beratapkan zink dan berlantaikan tanah, dua buah bangunan sekolah berdindingkan kulit kayu.
            Pembelajaran di sekola ini bermula pada tahun 1974.  Namun demikian tidak ada catatan rasmi mengenai murid-murid yang belajar, begitu juga mengenai pembelajarannya hinggalah pada tahun 1976 baharulah terdapat catatan mengenai bilangan murid-murid yang belajar.
Bangunan sekolah ini terletak di kawasan yang rendah.  Tambahan pula sistem saluran air sungai di kampung Tiga  adalah kurang
baik dan mudah ditenggelami oleh banjir.  Akibat dari selalu mengalami banjir, sistem pembelajaran tidak dapat berjalan lancar dan kurang teratur, peralatan sekolah menjadi rosak seperti alat tulis dan buku-buku teks.  Bangunan sekolah juga seringkali mengalami kerosakkan. Faktor-faktor lain yang menyebabkan kerosakkan  bangunan sekolah ilah :-
Ø  Ancaman binatang ternakan yang berkeliaran seperti babi, kerbau, anjing, dan lain-lain ternakan kecil kerana kawasan bangunan sekolah tidak berpagar.
Ø  Proses alam di mana daerah ini sering mengalami musim hujan.
Ø  Bangunan kurang utuh ( dinding sekolah dibuat daipada kulit kayu dan hirisan papan ).
Keadaan sekolah ini kian bertambah parah.  Keadaan ini akhirnya mendapat perhatian dari pihak Jabatan Pendidikan ketika itu yang mana telah meluluskan peruntukkan untuk membina bangunan baru bagi sekolah ini yang mengandungi bangunan sekolah 6 block, 12 bilik darjah dan 5 buah rumah guru melalui projek Bank Dunia.  Pembinaan bangunan baru dimulakan pada tahun 1978 oleh Syarikat Pemborong Group Constraction Sdn. Bhd. Kota Kinabalu bertempatdi Pekan Nabawan ( Di tapak yang ada sekarang ).
Bangunan baru ini terletak kira-kira 2 ½ kilometer dari bangunan lama ( kampung Tiga ).  Pembinaannya siap menjelang tahun 1981.  Walaupun siap ianya belum diterima oleh pihak Jabatan Kerja Raya kerana terdapat beberapa kecacatan hinggalah pada bulan Jun 1983 Sijil Akuan Peyerahan ditandatangani.
Akibat kerosakkan bangunan sekolah di kampung Tiga yang sukar untuk diperbaiki dan atas nasihat dari Encik Abdul Latif Ag. Damit Penyelia Kanan Daerah Nabawan-Pensiangan pada ketika itu, maka pembelajaran dan pentadbiran sekolah dipndahkan ke bangunan sekolah yang baru  pada 18. 08. 1981 yang ada sekarang ini.  Bangunan baru ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Sabah Dr. Isa Hj. Ramli pada 19.08.1981.

No comments:

Post a Comment