Saturday, 29 July 2017

SEJARAH PENUBUHAN PPKI SKPN (2009 - 2017)



Sekolah Kebangsaan Pekan Nabawan Sabah, merupakan sekolah pertama yang berdaftar dalam Program Pendidikan Khas di bahagian Daerah Nabawan melalui Program Kelas Integrasi Masalah Pembelajaran di sekolah biasa. Program Integrasi Masalah Pembelajaran di SK Pekan Nabawan bermula pada 08 Januari 2009 tanpa murid. Kelas hanya dimulakan pada 19 Januari 2009 apabila seramai 3 orang murid berdaftar, dua orang mempunyai masalah penglihatan dan seorang lagi mempunyai maslah fizikal (menggunakan bantuan kerusi roda).
Pada mulanya kelas PPKI ditempatkan di bilik kesihatan kerana SK Pekan Nabawan kekurangan bilik darjah yang sesuai. Tenaga pengajar pada masa itu hanya dua orang guru sahaja, iaitu Puan Sujiyati Eugene (Penyelaras) dan dibantu oleh Cik Feredinah Enos. Pada bulan Febuari tahun yang sama bilangan murid bertambah kepada 11 orang murid yang terdiri daripada murid disleksia, autism, hiperaktif, slow learner dan bermasalah penglihatan. Kelas dibahagikan kepada 2 station mengikut keperluan murid.
Kemudiannya, pada bulan Oktober 2009 PPKI SK Pekan Nabawan berpindah ke bilik pemulihan khas yang telah diubah suai dengan kelengkapan seperti tandas, bilik mandi, dapur, ruang aktiviti, bilik rekreasi, bilik pengurusan diri, ruang makan dan bilik guru. Tenaga pengajar kekal dua orang ditambah seorang pembantu pengurusan murid (ppm).
Pada Januari 2010, bilangan guru pendidikan khas bertambah apabila dua orang guru ditugaskan di PPKI SK Pekan Nabawan. Guru tersebut ialah Encik Alfred Gin Jit dan Cik Nurul Huda Mohd Rejab. Selain guru, bilangan murid turut bertambah kepada 37orang murid selepas program Outreach pada bulan Oktober 2009.Namun begitu, bilangan murid berkurang kepada 35 orang murid apabila seorang murid melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di SMK Pekan Nabawan dan tiga orang murid bermasalah penglihatan dipindahkan ke SK PekanTuaran (Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan).
Pada tahun 2014, PPKI SK Pekan Nabawan telah berkembang menjadi lima buah kelas dengan bilangan murid seramai 34 orang, 6 orang murid perempuan dan 28 orang murid lelaki.
Tahun 2016 pula, kelas PPKI SK Pekan Nabawan mempunyai enam kelas iaitu kelas cekal (Tahun 1), ceria (Tahun 2), cermat (Tahun 3), cekap (Tahun 4), cerdas (Tahun 5) dan cerdik (Tahun 6). Bilangan murid juga bertambah kepada 37 orang murid. Selain itu, tenaga pengajar juga bertambah kepada 9 orang guru (1 penolong kanan pendidkan khas, 1 penyelaras pendidikan khas dan 7 orang guru) dan 4 orang ppm.
Kini, PPKI SK Pekan Nabawan masih mempunyai enam kelas dan mempunyai murid seramai 39 orang murid. Tenaga pengajarnya pula bertambah sebanyak sebelas orang guru (10 orang perempuan dan seorang lelaki) dan empat orang pembantu pengurusan murid (PPM) yang merupakan perempuan semua.

No comments:

Post a Comment