Datuk Haji Said Besar Sigoh
bin Singkunan dilahirkan pada tahun 1913 dan berasal dari Pensiangan menjadi pengasas Sekolah Kebangsaan Pekan Nabawan pada masa
itu ianya terletak di Kg.Dua Nabawan dan kemudian dipindahkan di kampung Tiga
dan sekarang ditempatkan di Pekan Nabawan. Datuk Haji Said Besar Sigoh
bin Singkunan telah meninggal dunia pada tahun 1986.
Saturday, 29 July 2017
PENTADBIRAN SEKOLAH
Pada mulanya sekolah ini
ditadbir oleh seorang pantadbir sekaligus dengan SMK Nabawan, tetapi
kemudiannya ia dipisahkan dan ditadbirkan oleh seorang guru besar. Perkara ini bermula antara tahun 1975 hingga
tahun 1978 iaitu ketika Puan Salmah Hj.
Salleh menjadi guru besar.
Sekolah ini juga pada mulanya
mempunyai sebuah sekolah cawangan iaitu SK. Pementarian. Memandangkan keadaan perhubungan yang terlalu
sukar dan jarak yang jauh lebih kurang 15 kilometer, tambahan pula sekolah tersebut layak dipisahkan dari sekolah ini,
maka pada tahun 1978 ia mula ditadbir secara berasingan oleh seorang guru
besar. Selain daripada itu, sekolah ini
juga telah menjadi pusat pentadbir bagi tiga buah sekolah yang lain serentak
diwujudkan sejak tahun 1981 dan menjadi cawangannya. Sekolah-sekolah yang dimaksudkan itu ialah:-
- SK. Kampung Enam
- SK. Tetagas
- SK. Kebu Baru
Walaubagaimanapun pada awal
tahun 1981 ketiga-tiga buah sekolah tesebut telah dipisahkan pentadbirannya
dari SK. Pekan Nabawan sebaik-baik sahaja pendaftaran dan kod sekolah
diluluskan oleh pihak Jabatan Pendidikan Sabah.
Pada tahun 1988 sekolah ini diikhtirafkan sebagai sekolah Gred B di
daerah Nabawan-Pensiangan dengan bilangan 108 orang murid. Manakala tenaga pengajarnya seramai 22 orang
ketika itu.
SEJARAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN NABAWAN
Sejarah dan
perkembangan sekolah SK Pekan Nabawan bermula apabila Nabawan dijadikan
rancangan penempatan bagi penduduk-penduduk yang berasal dari Pensiangan. Nabawan pada masa itu hanya mempunyai sebuah
sekolah yang terletak di kampung Dua dan adalah menjadi satu kesukaran bagi
kanak-kanak penduduk asal kampung tiga dan juga peneroka rancangan yang tinggal
di sekitar kampung tiga untuk belajar ke sekolah tersebut. Ini adalah disebabkan oleh keadaan
perhubungan yang tidak baik dan jarak jauh.
Datuk Haji Said
Besar Sigoh bin Singkunan selaku ketua bagi rancangan ( Ketua Daerah Nabawan – Pensiangan
) dan orang yang bertanggungjawab membuka rancangan penempatan Nabawan ini
telah menyatupadukan penduduk kampung tiga dan peneroka rancangan kampung Tiga.
Memindahkan sekolah asal dari kampung Dua ke kampung Tiga, segala peralatan sekolah dan rumah guru
dibekalkan oleh pihak lembaga padi Sabah yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan
rancangan penempatan tersebut. Bangunan
sekolah yang didirikan sebanyak tiga buah manakala rumah guru empat buah. Ketiga-tiga bangunan sekolah beratapkan zink
dan berlantaikan tanah, dua buah bangunan sekolah berdindingkan kulit kayu.
Pembelajaran di sekola ini bermula pada
tahun 1974. Namun demikian tidak ada
catatan rasmi mengenai murid-murid yang belajar, begitu juga mengenai
pembelajarannya hinggalah pada tahun 1976 baharulah terdapat catatan mengenai
bilangan murid-murid yang belajar.
Bangunan sekolah ini terletak
di kawasan yang rendah. Tambahan pula
sistem saluran air sungai di kampung Tiga
adalah kurang
baik dan mudah ditenggelami oleh banjir. Akibat dari selalu mengalami banjir, sistem
pembelajaran tidak dapat berjalan lancar dan kurang teratur, peralatan sekolah
menjadi rosak seperti alat tulis dan buku-buku teks. Bangunan sekolah juga seringkali mengalami
kerosakkan. Faktor-faktor lain yang menyebabkan kerosakkan bangunan sekolah ilah :-
Ø Ancaman binatang ternakan yang berkeliaran
seperti babi, kerbau, anjing, dan lain-lain ternakan kecil kerana kawasan
bangunan sekolah tidak berpagar.
Ø Proses alam di mana daerah ini sering
mengalami musim hujan.
Ø Bangunan kurang utuh ( dinding sekolah
dibuat daipada kulit kayu dan hirisan papan ).
Keadaan sekolah ini kian bertambah
parah. Keadaan ini akhirnya mendapat
perhatian dari pihak Jabatan Pendidikan ketika itu yang mana telah meluluskan
peruntukkan untuk membina bangunan baru bagi sekolah ini yang mengandungi
bangunan sekolah 6 block, 12 bilik darjah dan 5 buah rumah guru melalui projek
Bank Dunia. Pembinaan bangunan baru
dimulakan pada tahun 1978 oleh Syarikat Pemborong Group Constraction Sdn. Bhd.
Kota Kinabalu bertempatdi Pekan Nabawan ( Di tapak yang ada sekarang ).
Bangunan baru ini terletak
kira-kira 2 ½ kilometer dari bangunan lama ( kampung Tiga ). Pembinaannya siap menjelang tahun 1981. Walaupun siap ianya belum diterima oleh pihak
Jabatan Kerja Raya kerana terdapat beberapa kecacatan hinggalah pada bulan Jun
1983 Sijil Akuan Peyerahan ditandatangani.
Akibat kerosakkan bangunan
sekolah di kampung Tiga yang sukar untuk diperbaiki dan atas nasihat dari Encik
Abdul Latif Ag. Damit Penyelia Kanan Daerah Nabawan-Pensiangan pada ketika itu,
maka pembelajaran dan pentadbiran sekolah dipndahkan ke bangunan sekolah yang
baru pada 18. 08. 1981 yang ada sekarang
ini. Bangunan baru ini telah dirasmikan
oleh Tuan Pengarah Pendidikan Sabah Dr. Isa Hj. Ramli pada 19.08.1981.
SEJARAH PENUBUHAN PPKI SKPN (2009 - 2017)
Sekolah Kebangsaan Pekan Nabawan Sabah, merupakan sekolah
pertama yang berdaftar dalam Program Pendidikan Khas di bahagian Daerah Nabawan
melalui Program Kelas Integrasi Masalah Pembelajaran di sekolah biasa. Program
Integrasi Masalah Pembelajaran di SK Pekan Nabawan bermula pada 08 Januari 2009
tanpa murid. Kelas hanya dimulakan pada 19 Januari 2009 apabila seramai 3 orang
murid berdaftar, dua orang mempunyai masalah penglihatan dan seorang lagi
mempunyai maslah fizikal (menggunakan bantuan kerusi roda).
Pada mulanya kelas PPKI ditempatkan di bilik kesihatan
kerana SK Pekan Nabawan kekurangan bilik darjah yang sesuai. Tenaga pengajar
pada masa itu hanya dua orang guru sahaja, iaitu Puan Sujiyati Eugene
(Penyelaras) dan dibantu oleh Cik Feredinah Enos. Pada bulan Febuari tahun yang
sama bilangan murid bertambah kepada 11 orang murid yang terdiri daripada murid
disleksia, autism, hiperaktif, slow learner dan bermasalah penglihatan. Kelas
dibahagikan kepada 2 station mengikut keperluan murid.
Kemudiannya, pada bulan Oktober 2009 PPKI SK Pekan
Nabawan berpindah ke bilik pemulihan khas yang telah diubah suai dengan
kelengkapan seperti tandas, bilik mandi, dapur, ruang aktiviti, bilik rekreasi,
bilik pengurusan diri, ruang makan dan bilik guru. Tenaga pengajar kekal dua
orang ditambah seorang pembantu pengurusan murid (ppm).
Pada Januari 2010, bilangan guru pendidikan khas
bertambah apabila dua orang guru ditugaskan di PPKI SK Pekan Nabawan. Guru tersebut
ialah Encik Alfred Gin Jit dan Cik Nurul Huda Mohd Rejab. Selain guru, bilangan
murid turut bertambah kepada 37orang murid selepas program Outreach pada bulan Oktober 2009.Namun begitu, bilangan murid
berkurang kepada 35 orang murid apabila seorang murid melanjutkan pelajaran ke
tingkatan satu di SMK Pekan Nabawan dan tiga orang murid bermasalah penglihatan
dipindahkan ke SK PekanTuaran (Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan).
Pada tahun 2014, PPKI SK Pekan Nabawan telah berkembang
menjadi lima buah kelas dengan bilangan murid seramai 34 orang, 6 orang murid
perempuan dan 28 orang murid lelaki.
Tahun 2016 pula, kelas PPKI SK Pekan Nabawan mempunyai
enam kelas iaitu kelas cekal (Tahun 1), ceria (Tahun 2), cermat (Tahun 3),
cekap (Tahun 4), cerdas (Tahun 5) dan cerdik (Tahun 6). Bilangan murid juga
bertambah kepada 37 orang murid. Selain itu, tenaga pengajar juga bertambah
kepada 9 orang guru (1 penolong kanan pendidkan khas, 1 penyelaras pendidikan
khas dan 7 orang guru) dan 4 orang ppm.
Kini, PPKI SK Pekan Nabawan masih mempunyai enam kelas
dan mempunyai murid seramai 39 orang murid. Tenaga pengajarnya pula bertambah sebanyak
sebelas orang guru (10 orang perempuan dan seorang lelaki) dan empat orang
pembantu pengurusan murid (PPM) yang merupakan perempuan semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)